Friday 24 January 2014

Saat hati dilamar...

Credit
Saat hati dilamar,
Dilamar menjadi generasi pemula (baca : pioneer) untuk satu badan dakwah yang baru hendak menapak di Universiti Tarbiyah Hati Muslim.
Dan yang melamar adalah lelaki.

Saat itu, aku dan seorang sahabat telah selesai menjamu hidangan tengah hari.
Lalu, ditanya untuk dipinjam masa sebentar. Lebih kurang 15 minit.
Kata putus dicapai.
Dan, perbincangan berlangsung di meja makan kafe. Meski bukan di posisi saling berhadap, di hati terselit bimbang takut agama terfitnah. Kerana kami. Yang berpenampilan agama.
Moga tiada yang tersalah tafsir niat kami. Detik hatiku.
Mereka bertiga telah menerangkan sebanyak sedikit mengenai badan dakwah tersebut. Kata mereka, sepatutnya setiap universiti harus menghantar 10 orang wakil Muslimin dan Muslimat, namun, pada program yang lepas, mereka hanya mampu menghantar 5 orang wakil Muslimat berikutan ketiadaan orang.

Eh, tunggu!

Katanya ada lima orang Muslimat, tetapi mengapa mesti yang berada di hadapan kami tika itu adalah Muslimin?
Mengapa tidak dihantar yang Muslimat saja untuk mentajmik Muslimat.

Keriyes.

Maaf. Bukan aku tidak mempercayai mereka. 
Namun hati seakan tidak mampu menerima bilamana dalam satu gerakan dakwah Islamiyah, lelaki dan perempuan harus bekerjasama.
Bekerja bersama.

Tambahan, darah muda.
Darah yang sibuk mencari jodoh.

Sungguh, apa yang mampu aku simpulkan, untuk berbincang mengenai Islam dan dakwah  dalam masa 15 minit pun, hati tak kuat menahan panahan syaitan, tak mampu ku bayangkan andai aku perlu bekerja sebegitu dalam badan dakwah selama 15 tahun. Atau lebih.

Meski saat itu tiada gelaktawa yang kedengaran, aku takut di akhirnya nanti, mungkin setelah 15 tahun berkerjasama, akan ada term 'ukhuwahfillah' antara lelaki dan perempuan. Tak mustahil.
Antara ikhwah dan akhawat. Wujudnya Ukhwahfillah. 
Muntah.

Jadi maaf.
Jawapanku. Tidak.
Mungkin Muslimat lain lebih layak.
Muslimat yang lebih kuat dalam menjaga hati.
Namun, semestinya bukan aku dalam senarai itu.

Jujur, aku tidak kuat.
Aku lebih meyakini jalan jemaah yang sedang aku pilih ini.
Jalan yang insyaallah amat menitikberatkan soal ikhtilat.
Kerna bagiku, ikhtilat amat penting kerana ia melibatkan hati.

Hati.

Raja kepada segala anggota.
Seketul daging yang akan menjadi penilaian Allah di hari akhirku.

Ikhwah akhawat sekalian, 
ingatlah, matlamat tidak sesekali menghalalkan cara.
Bagaimana bisa kita mengaku sedang bekerja menaikkan Islam sedang ikhtilat yang amat dititikberatkan agama hanyut entah ke mana.
Tidak kira, ikhtilat dalam diam atau terang-terangan.
Menundukkan pandangan di hadapan manusia dan di belakang manusia adalah dua perkara yang berbeza.

"Katakanlah (Muhammad) kepada orang-orang beriman, hendaklah mereka menahan/menundukkan pandangan (atau mata) mereka (daripada melihat wanita yang tidak halal) dan hendaklah mereka memelihara/menjaga kemaluan-kemaluan mereka (daripada zina dan liwat), demikianlah lebih suci/baik bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan apa yang dikerjakan mereka."

An-Nur: 30

Tidak cukup pandangan hanya ditunduk saat berselisih, tapi disebaliknya, mata meliar di alam maya. Stalk ini dan itu. Tanpa motif. Hanya sekadar melayan perasaan.

Bila tiada manusia yang mengawasi di sekeliling
Ketahuilah sahabat, di situ, terujinya Ihsan.
Antara kita dan Allah. 
Hanya kita dan Allah.
Dan  "Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan apa yang dikerjakan mereka".
Setiap satu benda, Allah sedang dan akan sentiasa melihat.

Rugi, saat hatimu tidak menempatkan Allah di posisi teratas bilamana kamu hadir usrah, hadir mesyuarat, pergi camping Islami itu dan ini, mengorbankan cutimu, hartamu, namun soal pandangan si dia yang lebih dititikberatkan.
Takut, semua keletihan itu terbalas dengan debu.


(Ingatkanlah) hari mereka melihat malaikat, pada hari itu tiadalah sebarang berita gembira bagi orang-orang yang bersalah (bahkan sebaliknya), dan mereka akan berkata: "Semoga kita jauh - dijauhkan (dari sebarang keadaan yang buruk)".

Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan.
Al-Furqan: 22-23

Kita rasa kita dah cukup baik.
Kita rasa amal ibadat kita sudah banyak.
Kita rasa peluh, airmata, darah(belum lagi) yang mengalir di atas jalan ini, akan menjamin kita ke syurga.
Tidak. Selagi semuanya tidak betul-betul kita niatkan keranaNya.
Penat lelah itu tidak dikira.
Masa, harta dan tenaga itu tidak dikira.
Bahkan hanya menjadi debu beterbangan yang menyesakkan penglihatan.
Sayang bukan?

Seperti juga puasa.
Menahan lapar dan dahaga hanyalah satu peratus.
Selebihnya adalah pada nilai ketakwaan. Sembilan puluh Sembilan. Takwa.

Maka ayuh.
Perbaiki niat kita.
Hanya kerana Allah. Kerana Dia semata.
Hidup dan ummah bukan sekadar pada berBaitul Muslim.
Malah, ia bahkan lebih besar dari itu.
Mari.
Jaga hati melalui ikhtilat.
Ummah tidak memerlukan daie yang sentiasa sibuk membincangkan soal hati dan perasaan.

Nasihat buat diri. Terutamanya.

Jaga diri. Jaga hati. Jaga iman. Moga Allah redha. :)

Tinta Hati Rumaisa'



2 comments:

  1. Allahu..aseef.
    Disebabkan sy,awak ditarik sekali utk diskusi 15minit tu.

    ReplyDelete
  2. No problemo sis. Saya anggap itu tarbiyah. Thanks though. :) <3

    ReplyDelete