Wednesday 22 January 2014

Post perasmian. Ehem..ehem

Credit
Subhanallah Walhamdulillah.Walailahaillallah. Allahuakbar.
Maha suci Allah. Segala puji bagi Allah. Tiada Tuhan selain Allah. Allah Maha Besar
(sambil recite lagu Raihan. hehe)

Assalamualaikum wbt. :)

Infinite kesyukuran dan puji-pujian buat Dia yang masih memberi nafas.
Alhamdulillah, setelah betungkus-lumus akhirnya siap juga blog ni. Ngee~ (bajet. haha)

Rasa nak menulis. Rasa nak berkongsi. Rasa nak berbuat sesuatu untuk ummah.
Satu dorongan untuk menulis bilamana terdengar Ustaz Badli Shah bercerita kisah bagaimana rakyat Turki kembali bangkit, menjauhi sistem sekular, mendekati fitrah Islami.
Semuanya bermula dengan hasil hampir 100 risalah tulisan Muhammad Nursi. Hasil tulisan.
Tulisan yang mungkin kita rasa hanya karya picisan.
Tulisan yang mungkin kita rasa hanya kerja suka suka masa lapang.
Tulisan yang mungkin kita baca saat bersantai di kedai kopi.
Tapi,siapa tahu, dalam diam, tulisan itulah yang telah berjaya menyemarakkan semangat jihad dalam diri rakyat Turki.
Semangat jihad untuk kembali menegakkan Islam.
Bukan  sekularisme.
Daripada tidak bertudung, wanita mula berminat mengenakan hijab.
Daripada sistem Barat, rakyat mula percaya dan beralih pada sistem Islam.
Sehingga kini, dengan izinNya, sistem ekonomi Turki berada di tempat keenam seantero Eropah meskipun dulu pernah digelar 'bandar sakit' Eropah.
Nah, benarlah kita hanya akan berjaya andai keseluruhan cara hidup kita mengikut sunnatullah. Ketetapan Allah.
Dia yang mencipta kita pasti tahu apa yang terbaik buat kita. :)

Dan, aku amat maklum, disebalik penulisan ini, terselit satu tanggungjawab besar.
Terutama bagi seorang daie yang jelas amanat kekhalifahan dalam menyeru makruf dan mencegah kemungkaran.

 Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa 
yang kamu tidak melakukannya!
Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan
sesuatu yang kamu tidak melakukannya.


Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal.
   
As Saff: 2-3. Al-Baqarah: 44 . 

Buat lisan yang kencang berkata, namun amal kosong. Tenggelam entah ke mana.
Tapi adakah itu membantutkan usaha kita untuk berdakwah melalui penulisan?
Tidak.
Kerana jauh di lubuk hati mengharapkan perubahan manusia. Perubahan Ummah. Dan paling penting perubahan diri sendiri.

Tegakkan Islam dalam dirimu, nescaya Islam akan tertegak di sekelilingmu.
Hassan al Banna.

Mata penulis yang melihat lebih dekat dengan tangan yang menulis.
Maka, penulis punya satu tanggungjawab besar dalam memanifestasikan penulisannya dalam bentuk amal.

Sekian dulu, buat coretan permulaan.
Jaga diri. Jaga iman. Jaga hati. Moga Allah redha.

Salam Ukhuwahfillah,
Tinta Daie Rumaisa'.




No comments:

Post a Comment