Saturday 25 January 2014

Duhai yang mengaku dirinya ditarbiyah

Duhai yang mengaku dirinya ditarbiyah,

Apakah erti tarbiyah?
Andai tidak menyentuh hati untuk khusyuk, 
Andai tidak meransang lidah untuk berkata yang baik, 
Andai tidak menggerakkan anggota untuk beramal. 

Apakah erti tarbiyah? 
Jika mulut lantang berbicara,
Tangan hebat mengangkat pena,
Tetapi amalmu?
Entah ke mana.

Apakah erti tarbiyah?
Jika niatmu serong. 
Sekadar berangan kosong. 
Allah bukan lagi ghayahmu.

Apakah erti tarbiyah?
Jika kamu saling mengecam,
Antara satu sama lain? 
sedangkan,
matlamat kita satu.
  
Duhai yang mengaku dirinya ditarbiyah,
Sampai bila mahu tidur dalam jaga? 

Ingatlah sahabatku, 
Syaitanirrojim itu,
Hebat mengatur langkahmu,
Menghias futurmu.
Disangkakan banyak amalanmu,
Dirasakan banyak sumbanganmu,
difikirkan 'aku yang betul'
tapi sebenarnya,
‘tempang’ di medan jihad?

Sedang Allah, 
Paling tahu apa yang engkau kerjakan.

Ayuhlah beristighfar,
Tatkala kita bangga mengatakan,
Kita mengikut jalan tarbiyah, 
Tapi zahirnya tidak mencerminkan
apa pun! 

Asaklah hati untuk lembut mengingatiNya, 
Tahanlah lidah daripada berkata yang tidak bermanfaat, 
Tangkaskan kaki dan tangan untuk maju bergerak.

Kerana,
Kalau diri sendiri tidak mahu, 
Datanglah seribu Murabbi Super Saiya sekalipun,
Engkau takkan mampu berubah, 
Selagi kau tidak mula berubah! 

Astaghfirulahhalazim...
Astaghfirulahhalazim...
Astaghfirulahhalazim...

:'(

No comments:

Post a Comment