Saturday 25 January 2014

Peladang Yang Manis

Najirah Hulwani.

Peladang yang manis.

Untuk 19 tahun yang lepas, aku sangat bersungguh (baca : eager) untuk tahu maksud nama. Habis buku maksud nama pilihan dikhatam, namun maksud nama masih tak dapat dikenalpasti. Pernah kutanya pada emak dan abah, apakah maksud nama Najirah Hulwani, sambil bergurau emak menjawab, "Tukang Kayu".

Kecewa? 
Haruslah. Haha.
Konon nak maksud, setangkai bunga di syurga ke, kelembutanku ke, yang pengasih ke, tup tup Tukang Kayu. Heh -_-

Lalu, aku membesar selama 20 tahun sambil membawa nama yang tak diketahui maksudnya. Sadis. :'(
(Haha. Poyo je)

Seiring dengan perkembangan teknologi, internet mula mengambil tempat, habis segala enjin carian (baca : search engine) aku gunakan untuk mencari tahu maksud nama.
Namun, hasilnya masih sama. 
Tiada. Yilek. None.

Sehinggalah, perancangan Allah, akhirnya seorang ustaz semasa kelas taranum memberitahu maksud namaku.
Nak tahu apa?

Peladang Yang Manis.

Kecewa? Sikit. 
Pada mulanya, aku merasakan.
"Apakah? Peladang? Hisy. Ntah pape je. 
Yang manis tu ok la lagi. Ekeke "

Namun, lama kelamaan, bila difikirkan balik, ya, aku memang seorang peladang pun. Peladang yang cuba menyemai benih amal di dunia, untuk cuba memetik buah pahala yang manis di syurga kelak.

Dan kamu tidak dibalas melainkan (dengan balasan yang sepadan) dengan apa yang kamu telah kerjakan. Kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik. Mereka itu beroleh limpah kurnia yang termaklum. 
As-Saaffaat :39-41
Hasil, berdasarkan amal yang ikhlas. Kerana Dia semata. Terpulang wahai diri, samaada hendak ke

Syurga...
Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu"; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya.

Al-Baqarah : 25

yang indah, dengan sungai yang bermacam, buah yang lazat, pasangan yang bersih suci dan pelbagai kenikmatan yang kekal abadi atau...

neraka.....


Sesungguhnya Kami jadikan pokok zaqqum itu satu ujian bagi orang-orang yang zalim (di dunia dan azab seksa bagi mereka di akhirat). Sebenarnya ia sebatang pohon yang tumbuh di dasar neraka yang marak menjulang; Buahnya seolah-olah kepala Syaitan-syaitan;
Maka sudah tentu mereka akan makan dari buahnya (sekalipun pahit dan busuk), sehingga mereka memenuhi perut darinya. Kemudian, sesungguhnya mereka akan beroleh lagi - selain itu-satu minuman campuran dari air panas yang menggelegak.
Setelah (mereka dibawa minum) maka tempat kembali mereka tetaplah ke dalam neraka yang menjulang-julang.

 As-Saaffaat :63-68

yang panas, menggelegak, diri terbakar bukan sekali,bukan  dua kali,malah  berkali-kali.
Lagi...dan lagi...
Saat buah zaqqum yangm pahit, busuk dan panas menuruni kerongkong.
Raungan demi raungan...
jeritan demi jeritan...
kesakitan yang takkan bisa hati dan akal membayangkan.

Nauzubillahminzalik.

Oleh itu,
Mari.
Doakan aku, kau, kita semua, dan mereka semua.
Moga kita semua ditempatkan di sebaik-baik tempat kembali.
Moga kita semua dapat ketemu lagi di akhirat kelak. Di syurga. Pada satu kehidupan yang infiniti.
Kekal selamanya.

Jaga diri. Jaga hati. Jaga iman. Moga Allah redha.

Tinta Hati Rumaisa'

No comments:

Post a Comment